Taw x uolls~~
Taw x uolls
1.Taw x uolls apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan
kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling
dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius
akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Taw x uolls yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam
pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang
pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan
semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut
tidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju
220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j
sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
4. Taw x uolls dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar
dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak
paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico
Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Taw x uolls bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,
menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu cap bendera.
6. Taw x uolls magnet ialah
sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya.
Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Taw x uolls cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia
akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas
alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Taw x uolls bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Taw x uolls burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan
kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang
tersendiri sebenarnya.
10. Taw x uolls bunyi perkataan
lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi
rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih
boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
11. Taw x uolls gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif
untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
12. Taw x uolls orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang
ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Taw x uolls ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga
boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi
ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
14. And Taw x uolls bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?
15. Taw x uolls....Bila Hati SeseOrang TERLUKA...Tidak Ada SeOrang Doktor Pun Yang Bisa..MERAWATNYA...
Trimas untuk kawan CI yang share post ni..x taw mane dye curik(statement berani mati)..ape2 pun CI x de wat no 14 tu hokey..
p/s: 16. Taw x uolls CI baru je habis berak selepas tulis "p/s: 16 taw x uolls"..CI sakit perut sebab breakfast makan kerepek pisang..sedih kann..daaaaaaaa........
No comments:
Post a Comment